Isnin, 22 Ogos 2016

KESEDAR Paloh 02

SEJARAH KAMPUNG PALOH 02

Kampung Paloh 02 di tubuhkan selepas Lembaga Kemajuna Kelantan Selatan(KESEDAR) di tubuhkan mengikut akta 203 Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1978 . Pengisytiharan penubuhan KESEDAR di lakukan di kampung batu gajah, Tanah Merah Kelantan pada 5 Mac 1978 oleh kerajaan.

Menggunakan konsep 'Ala Kelantan' kampung Paloh 02 di tubuhkan pada 12 ogos 1980. Kampung Paloh 02 adalah salah satu Rancangan Kemajuan Tanah(RKT) yang di majukan oleh KESEDAR bagi menempatkan ratusan anak Kelantan bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Untuk  sampai ke Kampung Paloh 02, pengunjung boleh menggunakan laluan darat yang di hubungkan oleh lebuhraya Gua Musang - Kuala Krai (Central spine road) kira-kira 52km dari bandar Gua Musang dan 75km dari bandar Kuala Krai.

Seramai 350 orang peneroka pertama di masukkan ke RKT Paloh 02 pada 10 januari 1981. kesemua mereka di tempatkan di rumah kongsi sementara. Setelah dua tahun di buka, akhirnya penempatan peneroka di bangunkan iaitu rumah-rumah yang di bangunkan secara gotonhg-royong di kawasan seluas 363.23 ekar


KEMUDAHAN INSTITUSI

1. Masjid Keputeraan Paloh 02



~ Terletak berhampiran lebuhraya Gua Musang - Kuala Krai(Central Spine Road) bagi memberi kemudahan kepada pengguna jalanraya. Masjid ini di bina sempena hari keputeraan KDYMM Sultan Ismail Petra.

2. Balai Polis Paloh 02



~ Salah satu Balai yang terletak di bawah Ibu Pejabat Daerah Gua Musang, terletak bersebelahan padang awam Paloh 02, satu-satunya balai yang tersedia sepanjang Jalanraya Gua Musang - Kuala Krai hingga ke laloh.

3. Sekolah Kebangsaan Paloh 1 & 2

~ pusat pendidikan rendah kepada anak-anak penduduk kampung Paloh 01 dan penduduk kampung paloh 02.

4. Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh

~ Pusat pendidikan menengah yang meendidikan kepada pelajar dari Kampung Paloh 01, Paloh 02, Paloh 03, Chalil, Lebir, Ladang serasa.

5. Padang Awam Paloh 02

~ Menyediakan kemudahan padang, balai rakyat dan astaka bagi kegunaan masyarakat setempat dalam mengadakan pelbagai aktiviti

6. Mini RTC

~ Pusat sehenti yang menyediakan pelbagai kemudahan dan kursus kepada penduduk setempat.

7. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan