Ahad, 21 Ogos 2016

ASAL-USUL GUA MUSANG





Secara umum bermaksud gua atau tempat musang.

Merupakan pekan kecil 160km dari bandar kuala krai dengan di selusuri jalan keretaapi  terletak di ulu kelantan.

Di bahagian timur pekan gua musang terdapat  sebuah bukit gua musang setinggi 105 meter. Pada masa dahulu sebelum di terokai, kawasan ini di huni oleh masyarakat orang asli yang hidup dengan memburu, suka berpindah-randah dan tidak bergaul dengan masyarakat lain.

Kejadian bermula apabila sekumpulan orang asli ini keluar berburu, namun tidak mendapat sebarang hasil tangkapan. Mereka menanti seketika sehinggalah ternampak seekor ayam hutan yang berlari dengan pantas. Rupa-rupanya ayam hutan itu di kejar oleh musang dan mereka pun mengekori ayam itu.

Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila ayam tersebut hilang di dalam hutan tebal. Tidak lama selepas itu, mereka sekali lagi terserempak dengan seekor musang sedang mengejar ayam hutan tidak jauh dari tempat kejadian yang pertama tadi.

Kali ini juga mereka tidak sempat menyumpit ayam hutan itu tadi. kedua-dua kejadian ini menghairankan merelka kerana sebelum ini kejadian seumpama itu belum pernah berlaku. akhirnya mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Pada hari berikutnya apabila mereka keluar berburu, kejadian yang sama juga berlaku di mana mereka ternampak musang mengejar ayam hutan di tepi sebuah gua.

keesokan harinya mereka keluar beramai-ramai untuk mengesan tempat hilangnya ayam-ayam yang di kejar oleh musang tersebut dan di sana mereka menemukan satu lubang yang berbentuk seekor musang sedang mengejar seekor ayam.

kejadian itu menakutkan mereka, mereka meninggalkan tempat itu dan menamakan tempat tersebut sebagai gua musang.

sekarang gua tersebut telah menjadi salah satu tempat tarikan krena di dalam gua tersebut terdapatnya batu dengan pelbagai bentuk.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan