- Utama
- Pengenalan
- Penempatan
- DUN
- Penginapan
- Pendidikan
- Tabika KEMAS
- Sekolah Rendah
- sk Aring
- sk Bertam
- sk Chalil
- sk Chiku 3
- sk Chiku 7
- sk Gua Musang
- sk Jeram Tekoh
- sk Jerek
- sk Kuala Betis
- sk Kuala Sungai
- sk Lebir
- sk Limau Kasturi(1)
- sk Limau Kasturi (2)
- sk Meranto
- sk Paloh 01 & 02
- sk Paloh 03
- sk Pasir Tumboh
- sk Perasu
- sk Renok Baru
- sk Sri Chiku 1
- sk Sri Chiku 2
- sk Sri Wangi
- sk Star
- sk Tengku Mohd Fakhry Petra
- sjk(C) Gua Musang
- sjk(C) Pulai
- sjk(C) Caw Gua Musang
- sk Balah
- sk Bihai
- sk Blau
- sk Hendrop
- sk Kuala Lah
- sk Pasir Linggi
- sk Pulat
- sk Sri Permai
- sk Pos Brooke
- sk Tohoi
- Sekolah Menengah
- Pautan
- Hubungi Kami
- Q&A
Isnin, 29 Ogos 2016
Isnin, 22 Ogos 2016
KESEDAR Paloh 02
Kampung Paloh 02 di tubuhkan selepas Lembaga Kemajuna Kelantan Selatan(KESEDAR) di tubuhkan mengikut akta 203 Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1978 . Pengisytiharan penubuhan KESEDAR di lakukan di kampung batu gajah, Tanah Merah Kelantan pada 5 Mac 1978 oleh kerajaan.
Menggunakan konsep 'Ala Kelantan' kampung Paloh 02 di tubuhkan pada 12 ogos 1980. Kampung Paloh 02 adalah salah satu Rancangan Kemajuan Tanah(RKT) yang di majukan oleh KESEDAR bagi menempatkan ratusan anak Kelantan bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Untuk sampai ke Kampung Paloh 02, pengunjung boleh menggunakan laluan darat yang di hubungkan oleh lebuhraya Gua Musang - Kuala Krai (Central spine road) kira-kira 52km dari bandar Gua Musang dan 75km dari bandar Kuala Krai.
Seramai 350 orang peneroka pertama di masukkan ke RKT Paloh 02 pada 10 januari 1981. kesemua mereka di tempatkan di rumah kongsi sementara. Setelah dua tahun di buka, akhirnya penempatan peneroka di bangunkan iaitu rumah-rumah yang di bangunkan secara gotonhg-royong di kawasan seluas 363.23 ekar
KEMUDAHAN INSTITUSI
1. Masjid Keputeraan Paloh 02
~ Terletak berhampiran lebuhraya Gua Musang - Kuala Krai(Central Spine Road) bagi memberi kemudahan kepada pengguna jalanraya. Masjid ini di bina sempena hari keputeraan KDYMM Sultan Ismail Petra.
2. Balai Polis Paloh 02
~ Salah satu Balai yang terletak di bawah Ibu Pejabat Daerah Gua Musang, terletak bersebelahan padang awam Paloh 02, satu-satunya balai yang tersedia sepanjang Jalanraya Gua Musang - Kuala Krai hingga ke laloh.
3. Sekolah Kebangsaan Paloh 1 & 2
~ pusat pendidikan rendah kepada anak-anak penduduk kampung Paloh 01 dan penduduk kampung paloh 02.
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh
~ Pusat pendidikan menengah yang meendidikan kepada pelajar dari Kampung Paloh 01, Paloh 02, Paloh 03, Chalil, Lebir, Ladang serasa.
5. Padang Awam Paloh 02
~ Menyediakan kemudahan padang, balai rakyat dan astaka bagi kegunaan masyarakat setempat dalam mengadakan pelbagai aktiviti
6. Mini RTC
~ Pusat sehenti yang menyediakan pelbagai kemudahan dan kursus kepada penduduk setempat.
7.
Ahad, 21 Ogos 2016
ASAL-USUL GUA MUSANG
Merupakan pekan kecil 160km dari bandar kuala krai dengan di selusuri jalan keretaapi terletak di ulu kelantan.
Di bahagian timur pekan gua musang terdapat sebuah bukit gua musang setinggi 105 meter. Pada masa dahulu sebelum di terokai, kawasan ini di huni oleh masyarakat orang asli yang hidup dengan memburu, suka berpindah-randah dan tidak bergaul dengan masyarakat lain.
Kejadian bermula apabila sekumpulan orang asli ini keluar berburu, namun tidak mendapat sebarang hasil tangkapan. Mereka menanti seketika sehinggalah ternampak seekor ayam hutan yang berlari dengan pantas. Rupa-rupanya ayam hutan itu di kejar oleh musang dan mereka pun mengekori ayam itu.
Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila ayam tersebut hilang di dalam hutan tebal. Tidak lama selepas itu, mereka sekali lagi terserempak dengan seekor musang sedang mengejar ayam hutan tidak jauh dari tempat kejadian yang pertama tadi.
Kali ini juga mereka tidak sempat menyumpit ayam hutan itu tadi. kedua-dua kejadian ini menghairankan merelka kerana sebelum ini kejadian seumpama itu belum pernah berlaku. akhirnya mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong.
Pada hari berikutnya apabila mereka keluar berburu, kejadian yang sama juga berlaku di mana mereka ternampak musang mengejar ayam hutan di tepi sebuah gua.
keesokan harinya mereka keluar beramai-ramai untuk mengesan tempat hilangnya ayam-ayam yang di kejar oleh musang tersebut dan di sana mereka menemukan satu lubang yang berbentuk seekor musang sedang mengejar seekor ayam.
kejadian itu menakutkan mereka, mereka meninggalkan tempat itu dan menamakan tempat tersebut sebagai gua musang.
sekarang gua tersebut telah menjadi salah satu tempat tarikan krena di dalam gua tersebut terdapatnya batu dengan pelbagai bentuk.

Langgan:
Catatan (Atom)